1. TAPAK LADANG

Keluasan tapak adalah sekitar 20'40 kaki sahaja. Tapak ladang kami perlu ditambak kerana ketika hujan

air akan naik sehingga buku lali. Oleh itu kami terpaksa menambak lebih kurang 2 kaki setengah. penggunaan zink dan kayu terpakai digunakan untuk menjimatkan kos. Kami menggunakan netting roof pada tahap 70 % penembusan cahaya  supaya ianya redup dan boleh ditembusi cahaya matahari untuk  pembiakan kiambang (penggunaan kiambang syorkan kerana cepat membiak) ,keladi bunting,kangkung dan tumbuhan air lain. Kos pembuatan tapak dengan keluasan 20x40 kaki adalah sekitar RM 2 ribu sahaja.

 

2. PROSES PEMBUATAN TANGKI DAN ALATAN YANG DIPERLUKAN

pasu dan batu

Kami menggunakan politank 100 gelen dan 200 gelen. Setiap tangki ditebuk lubang bahagian bawah untuk pembuangan air kotor  dan satu lagi untuk lubang overflow di 1 kaki dari lapisan tanah dan kedua2nya perlu di tapis utk mengelakkan anak2 lintah keluar.Setiap tangki perlu dilekatkan span bagi mengelak lintah keluar beramai2. Didalam tangki perlu diletak pasir(menyejukkan air) dengan rata, tanah (penggunaan selut sawah adalah yang terbaik) , pasu atau batu bata. Penutup perlu di buat lubang untuk oksigen supaya lintah tidak kepanasan apabila waktu siang. pada 19/7/08 saya telah membuat pengubahsuaian tangki antaranya meletak selut sungai dan membuat double protection tangki  lihat 2 gambar tangki di atas. Saya meletakkan net nyamuk dibahagian atas sebagai halangan kedua supaya lintah tidak keluar apabila hujan turun. Penggunaan selut sungai atau sawah adalah supaya ia mengikut habitat asal sawah. lintah akan bertelur di dalam selut dalam bentuk cocoon dan juga dlm bentuk  lendir jernih dibawah kiambang atau tempat2 lain seperti pasu,paip pvc dll .

 

3. PROSES MEMASUKKAN AIR

Air paip boleh digunakan dan dimasukkan perlahan2 supaya air tidak terlalu keroh sehingga sekaki. Jgn terlalu tinggi sangat. Air hendaklah ditapa(dineutralkan) lebih kurang 6 hari utk menghilangkan klorin dan membiakkan alga dan lumut. Kiambang juga perlu dimasukkan sekali dan perlu dibasuh bersih2 supaya parasit2 seperti siput dan parasit lain tidak masuk sekali dalam tangki. Namun kadangkala serangga kecil ini sukar utk dihapuskan. Masalah jentik2 juga sering timbul namun ia tidak menganggu habitat  lintah sebaliknya dikhuatiri jika pemeriksaan dari Kementerian kesihatan mendapati adanya jentik2 kat tangki. Penggunaan ubat jentik2 boleh digunakan dengan mengikut sukatan yang betul . Penggunaan hanya dibuat sekiranya ada jentik2 sahaja kalau xde tak payah letak.

 

 

4. PROSES MEMASUKKAN LINTAH

Setelah dipastikan air tiada klorin,  barulah dimasukkan induk lintah. Pastikan balang dimasukkan sekali sebab kadang kala ada telur lintah dalam balang itu. Pastikan penjagaan air supaya tidak terlalu kotor dan berbau. Biasanya penggunaan darah lembu jika tidak kena caranya akan mengakibatkan air kotor dan berbau. Tidak perlu buang air kalau tak perlu. ladang kami bermula dengan 2200 induk dan 5000 benih. Tujuan kami memasukkan benih iaitu benih apabila menjadi induk akan mula bertelur dlm usia 6 bln keatas dan induk pula kadangkala yang kita terima bercampur induk yang telah bertelur  dan kadangkala ada yang telah manapous. Sebagai langkah selamat dan  kami membela induk dan benih sekali. Saya telah berjumpa papa pada 14/7/2008 dirumahnya dan beliau mengesyorkan bagi tangki 100 gelen dimasukkan induk 500 ekor bagi memudahkan lintah mengawan dan juga mengikut nisbah keluasan kolam. (kami akan membuat penambahbaikkan sistem yang sedia ada mengikut syor yang diberi). Terima kasih mr papa.

 

 

5. PEMAKANAN

Cara memberi makan boleh banyak cara tapi saya menggunakan kaedah sangkar dan pancing. Saya memberi makan 2 minggu sekali kerana lintah akan kenyang sehingga 4 minggu tapi tak semua yang makan jadi kena bagi makan tiap-tiap  2 minggu. Antara makanan lintah yang kami berikan iaitu belut, keli dan baja makanan tambahan. Pemberian belut dan keli adalah bagi meningkatkan keinginan lintah dalam proses mengawan .Harga belut sekarang iaitu sekitar RM 15 dan keli RM 6 namun kedua2 nya ada omega 3 tapi darah belut lagi banyak. Penggunaan baja lintah juga diberikan sebagai makanan tambahan dan juga pembiakan alga, plankton dan lumut. Penggunaan baja setiap minggu telah  mengurangkan pemberian keli atau belut dari seminggu sekali ke 2 minggu sekali.

6. Teknik beri makan.

Penggunaan keli dan belut perlu mengikut cara yang betul iaitu dengan memotong atau mengunci bahagian mulut dengan dawai.  Mulut keli perlulah dipotong dengan cutter (lihat gambar sebelah)   . Tujuannya supaya keli atau belut tidak memakan lintah apabila ia ingin mempertahankan diri. Biasanya lintah akan tertumpu dibahagian kepala keli kerana di bahagian kepala keli terdapat banyak darah. Setelah satu hari keli atau belut perlu disiang kerana bagi menggunakan belut ia perlu disiang dengan membelah dari bahagian lubang bawah hingga kepala kerana terdapat saluran usus yang akan dimasuki oleh lintah dlm 2 ke 3 ekor.. berbeza keli yang hanya perlu dibelah dibahagian kepala hingga ke kerongkong shj.

 

 

 

7. Tukun atau mahligai lintah

Pelbagai cara untuk membuat mahligai lintah antaranya :

- pasu

- batu bata

- kepingan tiles atau atap genting

- paip pvc dan lain-lain lagi

Tukun2 ini AMAT penting dan dijadikan sebagai salah satu tempat lintah bertelur. saya menggunakan pasu dan paip pvc dimana bagi tangki 100 gelen saya meletakkan 3 pasu dan 3 hinga 4 set paip pvc yg telah diikat .

 

 

 

 

8. PENGGUNAAN EM (efektif Mikrob) ATAU MUDBALL

EM (Efektif Mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal. EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas Palustris - kumpulan bermanfaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tidak bermanfaat.. Penggunaa EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien.

Mudball adalah campuran tanah liat ,bahan organik,molases, minerals dan gabungan bakteria berfaedah. Mudball diformulakan utk keseuaian kes atau persekitaran iaitu mudah dilontar dan tenggelam di dalam air serta bertindak perlahan2 dari dasar air bertujuan memecahkan molekul2 organik .Dalam keadaan tertentu tindakbalas  mudball sangat cepat malah mampu bertahan selama sebulan.

 

 

 

 

9. HERMAPRO FORMULA

Serum ini adalah penggalak lintah iaitu mempercepatkan lintang matang untuk mengawan seterusnya menghasilkan telur dalam masa 1 jam selepas penggunaannya. Formula ini masih baru. Kami telah membelinya dan telah mencubanya pada 22 ogos 2008 . Kami akan memaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa. Kandungannya hanya 20 ml dicampur dgn air sebanyak 500 ml sahaja utk penggunaan 2-3 ribu ekor lintah matang.  

 

 

 

 

10.PAKEJ 1 RM 1,750.00  TANGKI 200 GELEN

SPESIFIKASI KOLAM TANGKI (seperti gambar bawah)

- Induk saiz btg rokok = 1000 ekor

- Span keliling (lapisan pertama)

- netting hijau (lapisan kedua)

- penutup tangki 8 tingkap netting hijau

- paip air utk buang air (kalau perlu) 1 unit

- paip overflow - 2  unit

- jaring mkn belut 2 unit

- baja 3 kg

- pasu 3 biji

- paip pvc 2 set (saiz pjg 12 inci dan lubang saiz 3 inci. satu set 3 btg)

- batu simen 10 biji (utk buat batas atau pulau)

- Kiambang, kangkung dan keladi bunting

Tanah ,selut dan pasir disediakan sendiri oleh pembeli

Pengangkutan samada ambil sendri atau dihantar (penghantaran akan dikenakan caj mengikut jarak)

SET TANGKI 200 GELEN SHJ = RM 550.00 (SET LENGKAP)

MINIMUM TEMPAHAN ADALAH 2 UNIT.

 

PAKEJ 2  RM  750.00 TANGKI 100 GELEN

SPESIFIKASI TANGKI

- induk saiz btg rokok - 400 ekor

- netting

- paip

- lubang overflow

- pasu 3

- pvc 2 set

- 6 biji batu blok (utk buat batas)

- baja 2 kg

- 8 tingkap siap netting

- jaring keli 1 set.

SET POLITANK SAHAJA 100 GELEN =RM 270.00

MIN ORDER 4 POLITANK

 

TEMPOH HANTARAN ADALAH 2 MINGGU DARI TARIKH TEMPAHAN

 

Mungkin maklumat saya ni tak berapa lengkap dan bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi saya abegedebe/yus 013-3339935 

KE LAMAN UTAMA