i. JENIS LINTAH

Terdapat kira-kira 500 spesis lintah di dunia. Kebiasaan saiznya adalah diantara 50 mm dan boleh mencapai 30 cm. Dalam program ternakan lintah ini hanya melibatkan penternakan lintah perut hijau dan perang . Ia juga dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai lintah kerbau atau nama saintifiknya Hirudo Medicinalis. Spesis ini mempunyai permintaan yang tinggi termasuklah penggunaannya dalam produk kosmetik dan menjadi bahan penting dalam penjagaan kesihatan manusia.

 

 

ii. STRUKTUR BINAAN DAN BAHAGIAN2 DALAMAN LINTAH

3 lapisan otot yang kuat:

1. Otot Circular

2. Otot Diagonal

3. Otot Longitudinal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

iii. CARA MAKAN

a. Lintah dengan rahang bergigi pada penghisap anterior

    - melekap pada mangsa dan mengeluarkan bahan anti pembekuan (hirudin)

b. Lintah tanpa rahang bergigi dan tiada penghisap

    - Melekap pada mangsa menggunakan jarum kecil untuk menusuk mangsa dan mengeluarkan enzim   yang mencairkan darah beku mangsanya. Ia boleh hidup di dalam cecair badan mangsa/perumahnya.

 

iv. PEMBIAKAN

  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan)

  • Walaubagaimanapun lintah perlu ada 2 ekor untuk mengawan

  • Kedua-dua pasangan lintah akan mendermakan sperma ke badan pasangan

  • Telur  berada di dalam kokun dan akan melekat dibawah batu atau kiambang dan tumbuhan lain.

  • kokun sangat tahan dalam keadaan sekitar yang ekstrim.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

v. RESPIRASI

    Mendapat oksigen melalui kulitnya yang lembab dan jika keadaan sekitar dlm air kurang oksigen , lintah akan timbul ke permukaan.

 

vi. HABITAT HIDUP

  • Lintah hidup di kawasan panas, yang terlindung dan kurang pengaruh air berarus

  • Kedalaman paling sesuai adalah 2 meter

  • Lintah yang bukan parasit akan mengelak diri daripada cahaya dan bersembunyi di bawah batu, pasu, tumbuhan akuatik atau didalam serpihan sampah.

  • Lintah akan aktif pada waktu malam, senja dan waktu hujan

  • Lintah tdak suka air yang rendah nilai kapur (masam)

 

sumber maklumat : Booklet persatuan Usahawan industri Lintah Semalaysia (Pelintah)